Peneraju Seminar Tapow A

PELANGGAN KAMI

Pengenalan Syarikat

ALAF Leadership Training Sdn Bhd telah ditubuhkan secara rasmi pada 6 Oktober 2008.
ALAF berasal daripada perkataan Bahasa Arab yang membawa maksud seribu dan nama ALAF Leadership Training pula dipilih kerana menjadi lambang dedikasi kami yang sedang berusaha sedaya upaya memberi inspirasi kepada ribuan pelajar untuk melakukan perubahan dalam diri untuk menjadi manusia yang berjaya.

Penubuhan ALAF Training bertujuan memberi inspirasi kepada ribuan pelajar termasuklah dengan cara membantu mengendalikan latihan, membangunkan model latihan, menyampaikan ceramah, menerbitkan bahan bacaan ilmiah, menganjurkan seminar, menguruskan program motivasi, melakukan kajian pembangunan modal insan dan pelbagai lagi.

Dahulunya ALAF dikenali sebagai Alfaliheen Management (AFM). Alfaliheen yang bermaksud kejayaan diambil sempena nama surau yang terletak di hadapan rumah salah seorang pengasas iaitu En. Mohamad bin Mohsin. Selepas beberapa tahun, pihak pengurusan memutuskan untuk memilih nama baru iaitu ALAF yang merupakan singkatan kepada Akademi Latihan Al-Fateh. Ini bermakna Alfaliheen, Al-Fateh, dan ALAF mempunyai perkaitan yang sangat rapat.

Visi

"ALAF TRAINING menjadi konsultan motivasi pelajar pilihan No. 1 ibu bapa Malaysia dengan menawarkan program pembangunan pelajar yang bersistem dan holistik demi masa depan dunia yang lebih baik".

Misi

1. Menawarkan program motivasi yang berimpak mengikut prinsip sains kejayaan.

2. Menerbitkan 5 buah buku dan bahan motivasi berkaitan.

3. Membentuk pasukan pengurusan syarikat yang bagus dan berkesan kepada pelanggan.

4. Menjadikan likers FB Pages Seminar Motivasi Pelajar ALAF TRAINING seramai 10,000 orang dikalangan ibu bapa berumur 33 – 60 tahun.

5. Menjadi konsultan motivasi pelajar paling kerap menjalankan seminar public dan disertai paling ramai orang. Target 10,000 sehingga Jun 2018.

6. Menyediakan website dan online system yang bagus untuk khidmat pelanggan, pendaftaran, pembayaran online, diskusi, forum dan lain-lain.

7. Melahirkan seorang speaker berkualiti, kerja sepenuh masa dan hati, yang dilatih, dibagunkan, dinilai dan dipilih sendiri oleh Che Mat dan ALAFTRAINING.

PRODUK, SERVIS & PERKHIDMATAN

ALAF Training adalah sebuah syarikat Konsultan Motivasi yang menyediakan program pembangunan insan, khususnya segmentasi remaja. Pihak ALAF Training percaya remaja yang baik, akan menjadikan masa depan dunia yang lebih baik. Oleh itu, apa sahaja cara haruslah dilakukan untuk memberi inspirasi pada ribuan orang termasuklah dengan cara membantu mengendalikan latihan, membangunkan modul latihan, menyampaikan ceramah, dan pelbagai lagi.

Seminar Motivasi ‘TAPOW A’

Seminar yang dijalankan ini berdasarkan modul-modul yang komprehensif yang memberi fokus kepada rahsia dan strategi & teknik-teknik belajar yang berkesan dan juga formula membangunkan diri. Seminar TAPOW A memberi penekanan kepada pembangunan agama, akhlak dan akademik. Seminar yang dijalankan tertumpu kepada peserta yang berumur 10 tahun sehingga 18 tahun. Sehingga kini, Seminar TAPOW A telah dibahagikan kepada beberapa peringkat.

Tapow ‘A’ BASIC

Seminar TAPOW A yang dijalankan secara umum dan lebih tertumpu kepada tempat seperti sekolah atau institusi-institusi di Malaysia. Setiap bulan ALAF Training akan menjalankan program Seminar TAPOW A umum dan selalunya Kuala Lumpur adalah pilihan utama bagi syarikat ALAF Training.

Tapow ‘A’ ADVANCE

Seminar TAPOW A Advance adalah seminar yang lebih mendalam apa yang dipelajari oleh peserta Basic. Seminar ini dijalakan selama dua (2) hari satu (1) malam mengikut tempat yang telah ditetapkan.

Tapow ‘A’ REHLAH

Program Rehlah adalah peringkat penghujung dimana program riadah tiga (3) hari dua (2) malam untuk peserta yang pernah telah sertai Advance. Program akan dilakukan mengikut tempat yang menarik yang dipilih oleh ALAF Training Sendiri. Contoh tempat yang pernah ALAF Training lakukan di Langkawi & Pangkor.

Tapow ‘A’ JEMPUTAN

Program Jemputan dalah program yang membuka peluang kepada ibubapa, guru, agensi kerajaan & NGO yang ingin mengadakan Seminar Tapow A Basic, Advance dan beberapa lagi program tambahan Tapow ‘A’ ditempat mereka.

Akademi Kepimpnan Tapow ‘A’ (AKTA)

Program Akademi Kepimpnan Tapow ‘A’ (AKTA) adalah program berkala selama satu tahun yang telah ditetapkan untuk meneruskan perjalanan motivasi pelajar yang melibatkan 13 program khas berseta modul yang lengkap bagi memastikan momentum motivasi setiap pelajar berada ditahap yang paling tinggi untuk capai kejayaan.

Jurulatih Utama

Nama Penuh dan Panggilan Mesra

Nama sebenar Mohamad bin Mohshin. Beliau lebih mesra dengan panggilan “Che Mat”.

Penampilan Media
  • Slot Motivasi Rebus Tak Empuk Radio Malaysia, Negeri FM.
  • Segmen Bual Bicara di Radio IKIM FM.
  • TV Al-Hijrah dalam Rancangan Assalamualaikum.
  • Rancangan Realiti TV Da’i Milenia TV3.
  • Motivator Rancangan Adik-Adikku TV1.
  • Penulis Buku Mudahnya Mengendalikan Usrah.
  • Kolumnis Majalah Gen-Q.
  • Nasi Lemak Kopi O TV 9.
  •  Bismillah Ad-Dhuha di TV Al-Hijrah.
  • Radio IKIM FM.
Pendidik dan Kelayakkan Profesional
  • Ijazah Sarjana Muda Syariah, Universiti Mu’tah, Jordan.
  • Certified Competence Trainer by PSMB (Kementerian Pembangunan Sumber Manusia).
  • Certified Practitioner NLP.
  • Certified Trainer by TAMRIN (Pertubuhan Perundingan Latihan & Motivasi Muslim Malaysia).
  • Practitioner Profesional Learning Facilitator by Take Charge Sdn. Bhd.
  • Certified Power Success Trainer by Global Genius. 

Hubungi Kami

Alamat Rasmi